Tentang Al Farabi Shoppe


Tentang Al Farabi Shoppe



… Assalamualaikum …
   AL Farabi Shoppe adalah sebuah perniagaan yang berpusat di Sekolah Islam Al Farabi dan diasaskan oleh Bendahari Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Islam Al Farabi iaitu Tuan Haji Daud bin Dollah.Penubuhan Al Farabi Shoppe adalah bertujuan menambah dana sekolah bagi tujuan pembinaan dan penyelenggaraan.

   Perancangan pembangunan yang menjadi keutamaan adalah pembinaan kompleks 4 tingkat yang bertujuan menampung bilangan dan permohonan pelajar yang semakin meningkat saban tahun.Permohonan yang meningkat membuktikan bahawa Sekolah Islam Al Farabi mendapat kepercayaan yang meluas di kalangan masyarakat yang mahukan anak anak mereka mendapat didikan di Sekolah Islam Al Farabi.Selain itu,pembinaan kompleks ini sejajar dengan visi sekolah iaitu “MENJADI KOLEJ PENDIDIKAN ISLAM YANG TERUNGGUL DI NEGERI SELANGOR PADA TAHUN 2025”.

   Atas tujuan tujuan tersebut Al Farabi Shoppe ditubuhkan dengan harapan dapat membantu menambah dana bagi mencapai matlamat yang mulia itu.Bermula dengan hanya menjual produk kesihatan,Al Farabi Shoppe kini mengorak langkah setapak ke hadapan dengan menawarkan beberapa perkhidmatan kepada masyarakat seperti perkhidmatan rundingan umrah,perkhidmatan ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja dan perkhidmatan pendaftaran serta tambah nilai prabayar OneXOX.

   Diharap penubuhan Al Farabi Shoppe ini dapat merapatkan ukhwah diantara Sekolah Islam Al Farabi dan masyarakat luar.Oleh itu kami juga berharap masyarakat dapat menerima dan memberi sokongan diatas penubuhan Al Farabi Shoppe.

No comments:

Post a Comment